Menu
Pembinaan Modul Program Pembangunan Kepimpinan Pelajar Tahun Satu, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Hassan Bin Hushin & Mohammad Rudzuan Bin Mohd Nor Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak: Projek ini adalah berkaitan dengan pembinaan modul Program Pembangunan Kepimpinan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia untuk panduan Jawatankuasa First Year Experience (FYE) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Modul ini dibina berdasarkan kepada cadangan daripada kajian yang telah dijalankan bertajuk “Pilihan dan Bentuk Aktiviti Program Pembangunan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia: Satu Tinjauan” oleh Ahmad Nawawi Bin Adnan (2007). Modul ini dibina mengikut Model Drum (1981) yang memberi penekanan kepada tiga unsur untuk membangunkan program yang berkualiti. Modul yang telah dibina ini telah disusun dalam unit-unit kecil, unit pertama akan mendedahkan pelajar berkaitan dengan kepimpinan, unit kedua akan membantu pelajar mempertingkatkan amalan berkomunikasi sesama pelajar dan unit ketiga akan membantu pelajar menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Diharap modul ini akan dapat membantu pihak Jawatankuasa FYE Fakulti Pendidikan UTM bagi menangani masalah pelajar pada peringkat awal untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampus dan gaya pembelajaran di universiti melalui Program Pembangunan Kepimpinan. Katakunci: modul program pembangunan kepimpinan pelajar Pengenalan Program pembangunan pelajar merupakan salah satu aspek yang penting bagi pembangunan diri pelajar selain dari pembangunan akademik pelajar yang telah diberi penekanan di fakulti atau dengan kata lain sebagai pelengkap kepada diri pelajar untuk menjadi orang yang bersahsiah tinggi. Sebagai seorang mahasiswa dan mahasiswi yang baru, kehidupan di universiti merupakan satu pengalaman yang baru, maka satu program pembangunan pelajar harus dibentuk bagi membantu pelajar menyesuaikan diri.
Pembangunan Indeks dan Inventori Pematuhan Piwaian Syariah Oleh Pusat Yang. Asas Fardu Ain) Sekolah Rendah Menggunakan Pendekatan Biofeedback. Characteristics of Self Disciplines and Responsibility among Graduates. Profil Personaliti dan Biofeedback dalam Program Peningkatan Prestasi Akhlak”,. Usaha-usaha hendaklah dibuat ke arah membangun dan mengembangkan potensi murid secara optimum supaya dapat mengatasi gejala emosi seperti tekanan (stress). Disamping itu peningkatan kompetensi dan kemahiran (warden, kaunselor, guru disiplin, guru subjek) perlu dipergiatkan”.
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. (Sumber: Gerbang Web rasmi, Kementerian Pelajaran Malaysia) Dengan wujudnya Falsafah Pendidikan Negara telah memberi pengertian dan taksiran yang lebih meluas dan komprehensif terhadap pendidikan dalam menentukan hala tuju pembangunan pelajar. Tiga elemen tersebut ialah konteks, tujuan dan pelaksanaan. Setiap elemen tersebut perlulah diberi penekanan secara seimbang dan di sepadukan demi mencapai kejayaan dalam setiap program yang dijalankan (Baar & Keating, 1991). Program perkhidmatan pelajar akan mengalami kegagalan sekiranya guru tidak memahami dan tidak melaksanakan dengan berkesan setiap elemen tersebut.
Program pembangunan pelajar juga akan mengalami kegagalan sekiranya setiap elemen itu gagal untuk difahami sebagai elemen yang saling melengkapi antara satu sama lain. Jika hanya satu atau sebahagian sahaja elemen tersebut difahami dan dilaksanakan maka akan pincanglah program pembangunan pelajar yang dirancang. Pernyataan Masalah Berdasarkan permasalahan yang telah dikenal pasti, jelas menunjukkan masih belum ada lagi suatu modul pembangunan kepimpinan untuk tahun satu yang sistematik. Maka kajian ini akan mereka bentuk satu program pembangunan kepimpinan untuk pelajar tahun satu berdasarkan lima aspek yang diketengahkan oleh Ahmad Nawawi (2007) iaitu melalui pembangunan kepimpinan. Objektif Pembangunan Modul Modul yang dibina diharap dapat membantu pelajar. Antara objektif pembinaan modul ini ialah:a.
Membantu pihak pengurusan dalam menyediakan program-program kepimpinan yang melibatkan pelajar. Membantu pelajar yang menghadapi masalah pada peringkat awal untuk menyesuaikan diri dalam kampus UTM. Membantu pelajar menyelesaikan masalah dalam pembelajaran pada tahun pertama. Membantu pelajar meningkatkan kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir, serta dapat meningkatkan sahsiah dan jati diri. Tujuan / Matlamat Program Matlamat program di wujudkan supaya apa yang kita jalankan akan meningkat atau lebih baik.
Unsur yang mesti ada dalam program pembangunan pelajar menurut Model Drum (1981) ialah asas bagi pembentukan diri dan menghala kepada untuk mendapatkan maklumat bagaimana pelajar berfikir, merasa dan bertingkah laku. Matlamat pelajar yang menjadi asas dan perlu diberikan perhatian dalam menjalankan program pembangunan pelajar ialah merangkumi tujuh dimensi iaitu: i. Kerangka kognitif (Cognitive structures) Kerangka kognitif merupakan dimensi pertama yang direka untuk menjelaskan dan mentakrifkan bagaimana seseorang memproses dan menterjemahkan sesuatu maklumat, idea, konsep dan pengetahuan secara kognitif.
Perkembangan / Pembangunan estetik (aesthetic development) Perkara paling asas bagi perkembangan adalah sama ada setiap individu telah menguasai kecenderungan seperti yang telah disemai melalui pergaulan dengan insan-insan di sekelilingnya. Individu yang berupaya meningkatkan kepekaan terhadap sesuatu iaitu aras perkembangan yang paling halus adalah juga berupaya meningkatkan kepekaan terhadap kecantikan dan menilai setiap makna kecantikan tersebut.
Pembangunan estetik dapat memberikan kesan pendidikan yang mendalam dalam pembinaan sikap yang betul, akal sihat, rohani yang bersih dan pembentukan peribadi yang beradab. Pembentukan identiti (identity formation) Identiti sebagai suatu gambaran diri yang berkait secara logik, tetap kukuh walaupun melalui pelbagai keadaan dan tuntutan Sebelum pelajar melangkah ke universiti, mereka juga telah mengikuti program-program yang dijalankan oleh pihak sekolah yang dapat membentuk jati diri. Pelajar ini boleh membezakan kemungkinan-kemungkinan dengan apa yang realiti, boleh membezakan antara dunia dewasa dengan apa yang mungkin berlaku di bawah keadaan ideal. Keadaan ini menyebabkan mereka bersifat idealistik. Sifat inilah yang menyebabkan mereka bersifat kritikal. Dimensi kesihatan fizikal (physical health) Dimensi ke empat ini berkaitan dengan fizikal, mental dan rohani. Tiga tahap perkembangan dalam penguasaan dan penyelenggaraan kesihatan fizikal ialah: i.
Unitentional practice ii. Selective management iii.
Personel responsibility Pelajar dihubungkaitkan dengan pembesaran fizikal dan kematangan serta perubahan-perubahan biokimia. Ahli fisiologi berpendapat bahawa tingkah laku sosial pelajar boleh diramal dari proses-proses fizikal. Pendekatan ini menekankan bahawa proses-proses biologi adalah mekanisma-mekanisma penyebab yang menggerakkan perubahan-perubahan tingkah laku seseorang.
Dimensi pembangunan moral (Moral Reasoning) Perkembangan moral bererti peraturan-peraturan dan nilai-nilai tentang apa yang individu lakukan apabila berinteraksi dengan individu lain. Code of conduct menentukan apa yang dianggap adil.
Tingkah laku moral terdiri dari tingkah laku yang selaras dengan peraturan. Korektor moral pula ialah motif-motif, minat dan sebab-sebab yang mendasari tingkah laku. Terdapat tiga domain dalam pengkajian perkembangan moral iaitu pemikiran moral, tingkah laku moral dan perasaan moral.
Dimensi hubungan interpersonal ( Interpersonal reletedness) Usaha untuk menjelaskan bagaimana pelajar-pelajar berinteraksi antara satu sama lain. Aras yang paling asas dalam perkembangan ini adalah ‘Self-centered’ atau tumpuan kendiri. Kesedaran hubungan ini menjadikan pelajar itu seorang yang bertanggungjawab terhadap kehidupannya dan menyayangi diri mereka sendiri. Pembangunan sosial (social perspective) Perkembangan dan pembangunan modul sangat penting yang mana menjelaskan kepada pelajar tentang kehidupan bermasyarakat, hak-hak individu, keadilan sosial dalam masyarakat serta perpaduan yang perlu di ambil perhatian dalam dunia yang dipenuhi dengan pelbagai etnik. Pembangunan Reka bentuk Program. Pengenalan Pelaksanaan program pembangunan kepimpinan pelajar ini akan dijalankan dengan dua kaedah.
Komponen asas akan dilaksanakan bersama-sama dengan program pembangunan sahsiah, akademik, kerjaya dan kemasyarakatan manakala komponen keperluan akan dijalankan secara berasingan mengikut kesesuaian. Untuk melaksanakan program pembangunan ini, dua program telah dirancang iaitu: i. Program Welcome Week di Fakulti Pendidikan ii. Pembangunan Kepimpinan (Komunikasi Berkesan, Bagaimana Memimpin Pasukan) Program Welcome Week Program welcome Week adalah merupakan minggu suai kenal pelajar tahun satu dengan Fakulti Pendidikan UTM. Rancangan program pada minggu ini adalah di sesuaikan mengikut modul pembangunan sahsiah, pembangunan kepimpinan, pembangunan akademik, pembangunan kerjaya, pembangunan kemasyarakatan dan pembangunan sukan dan riadah.
Objektif Program Antara objektif program pembangunan pelajar tahun satu First Year Experience ialah: 1. Membantu pelajar tahun satu fakulti pendidikan dengan suasana dan gaya pembelajaran di UTM. Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran diri pelajar tahun pertama fakulti pendidikan dari aspek kepimpinan.
Melahirkan pelajar yang berkeyakinan, bijak dapat menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di universiti, menguasai pelbagai kemahiran dan berkebolehan menguruskan pembelajaran secara lebih efisien untuk meningkatkan pencapaian akademik. Melahirkan pelajar di Fakulti Pendidikan akan berminat, untuk menjadikan profesion perguruan sebagai kerjaya pada masa akan datang. Melahirkan masyarakat pelajar yang bersatu padu dan bekerjasama serta memahami peranan mereka dalam aktiviti kemasyarakatan. Melahirkan pelajar yang cergas dan aktif dengan mengambil bahagian dalam aktiviti sukan dan riadah serta mengamalkan gaya hidup sihat Kumpulan sasaran Pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia terlibat dalam program ini.
MOTO: Sentiasa berusaha untuk melaksana & mendapat yang terbaik; Sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang buruk. ( Hope for he best; be prepared for the worst) KEYAKINANKU: Allah tidak membebankan hambaNya kecuali apa yang mampu ditanggung olehnya.(Maksud Surah alBaqarah) Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk hambaNya. Berdoa & berharaplah hanya padaNya, Tuhan yang satu!
DOAKU PADAMU, YA ALLAH: Ya Allah, aku tidak pernah memohon untuk dikecilkan ujianMu tapi ku sentiasa berharap Kau besarkanlah iman di hatiku utk menempuh sgala ujianMu dgn redha dan tabah. Rahmatilah aku dalam setiap nafas yg masih berbaki. Melalui rujukan bahan bacaan yang telah dijalankan yang digabungjalin dengan pengalaman kendiri sebagai seorang guru serta berdasarkan pelbagai aktiviti sekolah yang telah dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak, didapati jalinan kerjasama antara pihak-pihak berkepentingan menjadi pemangkin untuk mengimbangi jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar serta meningkatkan prestasi akademik mereka.
![Sahsiah Sahsiah](/uploads/1/2/5/5/125513543/575579522.jpg)
Penumpuan dan kerjasama semua pihak dalam pemupukan Modal Insan Kelas Pertama ini amat perlu untuk mencapai aspirasi negara terhadap Wawasan 2020 seterusnya menempa nama sebagai sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Pendidikan bukan agenda negara yang boleh dijayakan secara bersendirian. Ia merupakan bidang yang melibatkan dan memerlukan komitmen semua pihak berkepentingan ( stakeholders). Kejayaan sistem pendidikan sebagai perkhidmatan kepada masyarakat akan dinilai berdasarkan keupayaannya untuk dinikmati oleh kumpulan sasaran iaitu para pelajar dan seterusnya untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat pada masa hadapan.
Kejayaan ini banyak dipengaruhi oleh kekuatan kerjasama dalam dan luar organisasi pendidikan. Keupayaan mengenal pasti dan memanfaatkan sepenuhnya jalinan kerjasama menentukan kejayaan PIPP.
Semua pihak sewajarnya menyedari dan menerima hakikat bahawa agenda pendidikan perlu dijayakan secara koloborasi atau bersama. Sekolah sebagai satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan masyarakat seharusnya mengikut perubahan masyarakat. Ini kerana masalah masyarakat merupakan masalah sekolah juga. Maka dalam hal ini, tidak dapat tidak masyarakat perlu bekerjasama dengan sekolah untuk mencapai cita-cita sekolah dan negara (Ibrahim: 2001). Malahan institusi pendidikanlah yang memberikan perkhidmatan yang paling rapat dan berpanjangan kepada hampir semua golongan masyarakat. Timbulnya isu-isu pendidikan boleh mempengaruhi dan dipengaruhi oleh masyarakat.
Oleh itu penglibatan masyarakat dalam bentuk jalinan kerjasama atau perkongsian bagi kepentingan bersama dapat menjayakan hasrat dan aspirasi yang diimpikan. Model Pengurusan Koloborasi Sekolah Berkesan oleh Caldwel & Spinks (1988) yang terhasil daripada projek usahasama Jabatan Pelajaran dan Universiti Tasmania pada tahun 1983 telah menyatakan bahawa koloborasi kerja amat perlu di antara pembuat dan pelaksana polisi. Antara dimensi yang ditekankan adalah wawasan, kepimpinan dan kemahiran yang dikongsi. Perkongsian kerja dan komitmen menyeluruh dapat meringankan beban. Pepatah melayu ’berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’. Konsep ’kerjasama’ ini boleh dilaksanakan dipelbagai peringkat seperti: di dalam sekolah – sesama warga sekolah; di antara sekolah, institusi pendidikan tinggi / zon pendidikan; bersama pihak PIBG – ibu bapa / penjaga; bersama masyarakat setempat atau masyarakat luar dan bersama dunia korporat.
Jalinan kerjasama atau perkongsian bijak boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk. Bentuk tersebut meliputi sumber kewangan, alatan dan barangan, sumber manusia dan kepakaran, sokongan moral, nilai komersial dan sokongan politik. Dengan adanya jalinan kerjasama, maka lahirlah rasa kepunyaan, perkongsian tanggungjawab dan komunikasi berkesan.
Koloborasi ini tidak hanya terbatas dalam organisasi tetapi dengan keseluruhan masyarakat. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, organisasi bermaksud ‘kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan untuk tujuan-tujuan tertentu’. Jaafar Muhammad 1997 mendefinisikan oraganisasi sebagai gabungan dua orang atau lebih yang bekerja bersama-sama secara berkordinasi bagi mencapai sesuatu hasil atau objektif.
Seseorang pengurus perlu memastikan penggemblengan sumber dalam oganisasi disusun dengan baik dan berkesan agar matlamat yang dirancang akan tercapai. Organisasi yang akan menjadi tumpuan dalam kertas kerja ini adalah Sek. Keladi, Kulim, Kedah. Banyak kajian tentang sekolah berkesan yang telah dijalankan menfokuskan kepada pencapaian akademik dan keputusan peperiksaan ( Goodland, 1984) dan juga kepentingan sosial dan afektif seperti sikap dan kelakuan pelajar (Reynolds, 1976; Rutter et al, 1979;Mortimore et al 1988). Untuk mencapai tahap sekolah berkesan dan peningkatan prestasi menyeluruh memerlukan keterlibatan pelbagai pihak. Kertas kerja ini akan menfokuskan pencapaian sebenar prestasi akademik di SMK Keladi, Kulim, Kedah yang mempunyai korelasi dengan jalinan kerjasama yang erat dan padu di antara organisasi sekolah dan berbagai pihak-pihak yang berkepentingan.
Rajah di atas menununjukkan bahawa para pelajar yang diibarat ‘kain putih’ adalah input utama. Mereka perlu menjalani proses pembelajaran samada di sekolah atau melalui persekitaran. Akhir sekali adalah hasil atau kesan terhadap apa yang mereka lalui atau pelajari. Ibarat pepatah melayu ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’, sekolah adalah wadah terbaik untuk memupuk semangat kerjasama, perpaduan dan kecintaan terhadap negara. Pelajar erlu dilatih untuk hidup saling bekerjasama dan mempunyai semangat patrotisme serta toleransi yang tinggi selaras dengan aspirasi nasional. Program ‘Pembimbing Rakan Sebaya’ juga diadakan untuk mendekatkan pelajar dengan konsep bermasyarakat. Rizal & Ahmad Khairi (2003) menyifatkan pengurusan sebagai proses merancang, menyelaras, memimpin dan mengawal aktiviti-aktiviti organisasi.
Definisi pengurusan oleh Peter F. Drucker (disebut di dalam Zaidatul Akmaliah, 1998) ialah suatu proses sosial yang dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai matlamat. Dengan ringkasnya, pengurusan adalah proses merancang dan memelihara persekitaran apabila individu bekerja bersama-sama dalam kumpulan bagi mencapai matlamat terpilih secara berkesan. Dalam konteks sekolah, matlamat yang ingin dicapai adalah prestasi akademik dan pembentukan modal insan pelajar.
Menurut Baharom 2001, bahawa pengetua yang berjaya mewujudkan kerjasama dan koloborasi kerja dengan semua warga sekolah dan masyarakat menunjukkan mereka mempunyai kepimpinan yang berjaya. Kemahiran pengetua/guru besar dapat mempengaruhi persekitaran dan pihak berkepentingan di luar sekolah bagi menghasilkan persekitaran yang lebih kondusif. Dengan kewujudan program-program tertentu, hubungan komuniti yang baik membolehkan pihak sekolah mendapat maklumat dan sokongan dalam banyak hal. Morros & Vrabbel (1978) menyimpulkan bahawa tanpa kepimpinan pengetua/guru besar yang efektif, sekolah tidak berupaya mewujudkan hubungan dengan komuniti luar. Tanpa hubungan ini adalah mustahil sekolah akan memperolehi kerjasama. Pentadbir sekolah juga perlu merangka ‘Pelan Strategik’ sekolah yang mencakupi kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman terhadap organisasi iaitu dengan ringkasnya SWOT. Suatu ‘Penandaarasan’ atau ‘Benchmarking’ juga perlu untuk meningkatkan kualiti bersama dengan Pelan Taktikal, Pelan Operasional dan Pelan Kontigensi.
Kerjasama semua pihak dalam organisasi amat perlu untuk mengenalpasti perkara-perkara tersebut hingga ke akar umbi, mendapat maklumat yang jelas dan bertindak membuat perancangan dengan lebih berkesan. Gaya kepimpinan yang diamalkan dalam organisasi saya adalah gaya kepimpinan ‘penglibatan’ di mana Pengetua turut melibatkan subordinat dalam membuat keptusan bergantung kepada situasi masalah yang dihadapi. Jalinan kerjasama di antara Pengetua, barisan pentadbir sekolah dan kakitangan sekolah mewujudkan ‘esprit de corp’ atau kerja pasukan dapat membantu memajukan bakat dan perkembangan kemahiran staf. Pengetua memberikan kepercayaan dan motivasi untuk staf di bawahnya menjalankan tugas dengan berkesan. Apa yang selalu ditekankan adalah nilai amanah, kejujuran dan ikhlas dalam menjalankan tugas dan kejayaan hanya akan dapat dicapai melalui pengorbanan dan semangat kerjasama.
Dengan itu guru akan melaksanakan tugas dengan rela tanpa paksaan. Sikap keterlibatan dan keperihatinan pemimpin sekolah mewujudkan suasana kerja yang harmoni di samping ketegasan kepada para pelajar telah berjaya meningkatkan prestasi akademik pelajar sekolah ini. Di sekolah saya, Panitia bagi mata pelajaran disarankan bermesyuarat setiap empat bulan untuk mebincangkan aktiviti atau sebarang perkara yang timbul dalam panitia masing-masing. Perbincangan juga akan meliputi teknik yang berkesan untuk mengajar di kelas atau pelajar yang bermasalah. Mesyuarat ini akan turut dhadiri oleh salah seorang pentadbir sekolah yang akan membawa sebarang permasalahan yang perlu kepada pihak atasan untuk diambil tindakan sewajarnya. Sikap saling bekerjasama antara panitia dan pihak pentadbir organisasi sekolah juga mampu meningkatkan prestasi sekolah ini. Melalui program ini, para guru dalam sekolah ini saling bekerjasama untuk saling membuat penilaian dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas.
Seseorang guru boleh memilih sesiapa sahaja di kalangan pentadbir atau guru lain untuk mencerapkan dan memberikan komen tentang P&P yang dilaksanakan. Selepas pencerapan, mereka yang terlibat boleh berbincang mengenainya.
Jalinan kerjasama antara guru Ini akan dapat memperbaiki serta meningkatkan sistem P&P dan seterusnya menigkatkan prestasi akademik para pelajar. Kaedah ini diwujudkan oleh dua orang atau lebih guru yang mengajar dalam subjek yang sama. Mereka saling bekerjasama dan bantu membantu dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran di kelas.
Kemahiran seseorang guru terhadap sesuatu tajuk dapat dimanfaatkan oleh rakannya yang lain. Guru-guru tersebut juga boleh masuk mengajar satu kelas dalam masa yang sama. Kaedah ini sangat sesuai untuk mata pelajaran ‘hands-on’ seperti Komputer, Matematik atau Sains. Seorang guru boleh mengajar di hadapan kelas manakala seorang lagi memantau dan membantu pelajar melaksanakan tugasan yang diberi. Jalinan kerjasama di kalangan guru seerti ini dapat meberi tumpuan yang lebih kepada proses P&P dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik pelajar. Sistem Bimbingan Taulan atau lebih dikenali sebagai sistem ‘Buddy’ memerlukan komitmen semua guru yang terlibat dalam PPSMI.
Dalam sistem ini, guru-guru Bahasa Inggeris (Rakan Pembimbing) perlu bekerjasama dan membantu rakan taulan (Guru Taulan) yang mengajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Rakan pembimbing perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti sekurang-kurangnya empat jam sebulan untuk setiap guru taulan dengan menggunakan modul EMS iaitu English for Mathematik & Science. Sistem ini juga turut mendapat kerjasama berbagai pihak lain seperti PPD, JPN dan KPM. Koperasi sekolah juga turut memainkan peranan terhadap peningkatan prestasi sesebuah sekolah.
Norazinah (2005) menyatakan bahawa koperasi sekolah adalah salah satu sumber alternatif dana sekolah serta turut bekerjasama dan memberi sumbangan yang banyak kepada pihak sekolah untuk menjalankan berbagai aktiviti seperti sumbangan upacara rasmi sekolah, pembelian komputer dan peralatan pembelajaran, sumbangan untuk pelajar miskin serta kem motivasi dan lain-lain. Sumbangan yang telah diberikan untuk para pelajar ini telah dapat membantu warga sekolah khususnya para pelajar untuk meningkatkan prestasi akademik mereka.
Koperasi sekolah saya telah turut memberi banyak sumbangan kepada sekolah ini. Keuntungan bersih koperasi pada tahun 2006 adalah sebanyak RM 7,402.53 telah meningkat kepada RM 12,586.10 pada tahun 2007.
Keuntungan ini telah diagih-agihkan kepada beberapa tabung seperti kumpulan wang kebajikan am, dermasiswa, sukan, kursus, zakat, dividen dan honorarium lembaga. Keuntungan yang diperolehi akan dikembalikan kepada warga sekolah khususnya para pelajar. Koperasi sekolah juga turut menyumbang dalam bentuk wang atau barangan kepada sekolah sempena Hari Anugerah Cemerlang, Kem Motivasi dan mencantikkan prasarana sekolah.
Koperasi sekolah ini juga dengan kerjasama pihak Angkatan Koperasi Kebangsaan (ANGKASA) telah turut menjalankan berbagai aktiviti unuk tahun 2007. Pihak ANGKASA telah memberi sumbangan dalam bentuk kewangan dan kepakaran sumber manusia kepada koperasi sekolah yang bergabung dengannya. Antara aktiviti yang dijalankan dengan kerjasama ANGKASA adalah Sambutan Minggu Koperasi Sekolah (17-21 Julai, 2007), Kursus Pengenalan Koperasi Siri 3 (5 September, 2007) dan Kursus Perakaunan Koperasi Sekolah ( 11- 13 April, 2007).
Kursus-kursus yang diadakan memberi manfaat kepada para pelajar terutamanya pelajar tingkatan enam yang secara langsung belajar mengenai Koperasi dalam silibus Pengajian Perniagaan STPM. Ini diharapkan mampu untuk meningkatkan prestasi akademik para pelajar yang terlibat. Hubungan rapat antara tiga agensi ini merupakan kesinambungan karenah birokrasi yang wujud dalam pentadbiran pendidikan di Malaysia. Blau dan Scott (1962) mengatakan PPD merupakan satu organisasi yang mengembangkan perkhidmatan kepada para pelanggan atau penggunanya. Pelanggan dan pengguna perkhidmatan PPD adalah para pelajar dan pentadbir pendidikan sekolah. Bagi guru-guru, PPD juga adalah agensi yang membantu segala masalah dalam aspek perbadi seperti menguruskan pertukaran, pengesahan jawatan, penempatan, Puat Kegiatan Guru dan penyelarasan kursus kerjaya atau profesional.
Bidang Pentadbiran PPD adalah Tatausaha, Pengurusan Murid, Pengurusan Guru, Penyeliaan, Kurikulum dan Ko-kurikum. PPD dan sekolah sangat berkait rapat. PPD yang diketuai oleh Pegawai Pelajaran Daerah bertanggungjawab menyampaikan segala arahan yang diterima daripada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri kepada Pengetua dan Guru Besar di dalam daerahnya. Ini dapat melicinkan lagi dasar atau arahan KPM.
Pemantauan dan kerjasama antara PPD dan sekolah dilakukan dalam berbagai bidang seperti kurikulum, ko-kurikulum, pembangunan dan lain-lain. Tujuan Pejabat Pelajaran Daerah ditubuhkan juga adalah untuk mewujudkan hubungan yang baik antara sekolah iaitu menyelia, menyiapkan situasi yang sempurna supaya Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dapat berjalan dengan baik. Fullan (2001) menyifatkan bahawa daerah yang kecil biasanya berfungsi dengan sumber yang terhad dan bagi daerah yang besar biasanya berurusan dengan konflik, krisis, masalah personel dan kewangan yang besar. Justeru, dengan adanya PPD, pentadbiran pendidikan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Program ini dilaksanakan mulai tahun 2007 untuk memantau prestasi pelajar di peringkat sekolah, PPD dan JPN.
Prestasi setiap pelajar dipantau dari masa ke semasa. Pelajar bermasalah dan lemah perlu dibimbing dan dibantu dengan segera. Setiap sekolah perlu menghantar laporan kepada PPD dan kemudiannya dianalisa di peringkat daerah dan seterusnya dihantar ke JPN. Semua pihak berkepentingan perlu menyusun strategi berkesan untuk membantu para pelajar meningkatkan prestasi akademik terutamanya untuk mata pelajaran asas.
Kementerian Pelajaran Malaysia adalah sebagai peneraju dan pendokong utama dalam melaksanakan wadah pendidikan Negara. Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Ke Sembilan teah menetapkan ‘pembangunan modal insan kelas pertama’ sebagai salah satu daripada lima teras utama ke arah mencapai Wawasan 2020. Kejayaan agenda pembangunan modal insan ini bergantung kepada kualiti sistem pendidikan Negara yang diterajui oleh KPM. Justeru, KPM telah menterjemahkan visi ini ke dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Dasar KPM adalah untuk meningkatkan penglibatan semua pihak berkepentingan bagi menjayakan agenda pendidikan.
Matlamat yang ingin dicapai oleh KPM melalui dasar ini adalah untuk menjadikan peranan mendidik anak bangsa sebagai tanggungjawab bersama semua pihak. Walaupun tiada mekanisme yang spesifik digariskan untuk menggembleng tenaga dan usaha daripada pihak berkepentingan, KPM sentiasa bersikap terbuka terhadap cadangan dan saranan yang dikemukakan oleh pihak luar KPM. KPM juga sentiasa bekerjasama dengan pelbagai kementerian, badan korporat, syarikat swasta, PIBG, Kesatuan-Kesatuan Guru, Alumni dan pertubuhan-pertubuhan pendidikan pada peringkat antarabangsa. Mulai tahun 1991, KPM telah memperkenalkan program 3K iaitu kebersihan, keselamatan dan kesihatan. Program ini telah diberi nafas baru dan penekanan semula yang memerlukan penglibatan pelbagai pihak secara menyeluruh.
Program ini dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran dan melibatkan jalinan kerjasama dengan pelbagai jabatan seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Kerja Raya, Kerajaan Tempatan, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Malaysia, masyarakat dan juga berbagai badan bukan kerajaan. Antara aktiviti yang dijalankan dalam program 3K adalah penggredan kendiri kantin sekolah, senarai semak keselamatan sekolah, gotong royong perdana dan penyelenggaraan tandas sekolah. Komuniti boleh membantu dengan memberi sokongan dan sumbangan dalam pelbagai bentuk.
Pihak sekolah saling bekerjasama dan mendapat sokongan berbagai pihak yang terlibat. Program sebegini diadakan untuk mewujudkan suasana sihat, selamat, bersih dan kondusif untuk para pelajar.
Justeru, para pelajar boleh belajar dengan lebih selesa seterusnya meningkatkan prestasi akademik mereka. Peningkatan prestasi akademik di sekolah sentiasa memerlukan sokongan dan penglibatan para ibubapa atau waris pelajar. Kajian oleh Coleman(1993) telah mendapati bahawa berbagai kelebihan telah dikesan apabila para waris turut terlibat dalam pembelajaran anak-anak mereka. Kajian sekolah berkesan oleh Mortimore (1988) telah mendapati salah satu daripada sebelas faktor untuk mewujudkan sekolah berkesan adalah perkongsian/ permuafakatan ibubapa dan sekolah (home-school partnership).
Antara dua belas ciri instrinsik dalam sekolah berkesan yang dikemukakan oleh Sackney (1986) pula adalah penglibatan dan sokongan para ibubapa dan masyarakat tehadap organisasi pendidikan. Pihak pengurusan sekolah dan PIBG telah turut mengadakan perjumpaan guru dan waris pelajar untuk berbincang mengenai prestasi akademik dan sikap para pelajar. Perjumpaan ini diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun. Para ibubapa dikehendaki datang dan berbincang dengan guru tentang sebarang hal yang perlu terutamanya cara untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar. Jalinan kerjasama yang erat antara para ibubapa dan organisasi sekolah mampu meningkatkan prestasi akademik para pelajar sekolah ini. Rajah di atas menunjukkan bahawa keputusan peperiksaan awam Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan sekolah saya secara keseluruhannya telah meningkat dari tahun 2004 hingga 2007.
Keputusan SPM dan STPM bagi 2007 belum lagi diumumkan ketika kertas kerja ini ditulis. Peningkatan prestasi akademik ini tercapai dengan usaha dan pengorbanan berbagai pihak termasuk para pelajar sendiri, para waris, para guru, masyarakat, warga korporat dan sebagainya. Pengemblengan usaha, tenaga dan sumbangan pelbagai bentuk oleh semua pihak berkepentingan seperti yang telah dinyatakan telah membuahkan hasil yang positif; prestasi akademik pelajar telah dapat ditingkatkan. Usaha yang berterusan dan lebih gigih di kalangan semua pihak yang berkepentingan amat perlu untuk melonjakkan lagi prestasi akademik sekolah ini.
Ibarat untuk melancarkan sebuah roket Soyyuz yang dinaiki oleh angkasawan pertama Malaysia, semua pihak yang berkepentingan perlu seiring sejalan, saling bekerjasama, bermuafakat dan berkongsi usaha dan tenaga untuk memantapkan sesebuah organisasi agar ianya boleh berjalan lancar dan mencapai matlamatnya. Tanpa sokongan padu semua pihak berkepentingan, roket tersebut pasti tidak dapat dilancar untuk mencapai destinasi.
Dalam konteks sekolah, matlamatnya adalah untuk melahirkan modal insan kelas pertama dan cemerlang dari segi pencapaian akademik dan sahsiah diri. Kepesatan pembangunan teknologi dan komunikasi yang tiada sempadan (borderless world) telah menyebabkan para pelajar kini lebih agresif dan cepat mengikut peredaran masa. Mereka juga akan cepat terpengaruh dengan berbagai anasir yang tidak sihat. Gejala ini jika tidak dipantau dengan cepat dan berkesan akan menggagalkan kita untuk mencapai hasrat dan aspirasi negara.
Tanggungjawab untuk membentuk generasi pewaris berminda kelas pertama perlu dipikul bukan hanya oleh para ibubapa dan guru-guru di sekolah tetapi oleh seluruh masyarakat amnya. Ianya adalah isu global yang perlu diberi perhatian dan komitmen oleh semua pihak berkepentingan secara koloboratif, kolektif, efektif dan berkesan. Justeru, aktiviti dan kerjasama yang sedia ada perlu dirancang, dipertingkatkan dan ditambahnilai.
Sikap satu-satu pihak yang suka menunding jari terhadap satu pihak yang lain perlu diubah kepada menunding jari kepada diri masing-masing tentang apakah peranan yang boleh mereka laksanakan untuk membentuk generasi masa hadapan yang cemerlang dan dinamik. Setiap individu adalah bertanggungjawab terhadap masa depan golongan muda dan boleh menyumbang dalam sebarang bentuk bantuan samada tenaga, wang, buah fikiran dan sebagainya.